NIBONG TEBAL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap dapat mengekalkan momentum untuk mempercepatkan proses berkaitan permohonan kewarganegaraan sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini, tiga permohonan yang diberi tumpuan oleh pihak kementerian itu melibatkan anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak yang lahir di luar negara dengan bapanya bukan warganegara. “Kita sudah capai KPI (petunjuk prestasi utama) untuk tahun lepas iaitu sebanyak 14,000 (permohonan diproses) sehingga Disember 2023. Sekarang, sudah masuk bulan keenam dan angka itu juga telah mencecah 15,000 atau lebih. “Sasaran tahun lepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya