KOTA KINABALU: Taktik menyeludup masuk minuman keras tidak bercukai bernilai RM1.5 juta berjaya dikesan apabila kontena yang diisytihar sebagai barangan keperluan rumah dirampas di Pelabuhan Sepanggar, baru-baru ini. Rampasan tiga kontena yang diikrarkan sebagai barang keperluan rumah, aksesori telefon dan alat ganti jentera berat itu dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd. Nasir Deraman berkata, rampasan minuman keras pelbagai jenama sebanyak 70,407.92 liter itu dianggarkan bernilai RM298,442.34 dan anggaran nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM1.2 juta. Dalam rampasan pertama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya