KARNIVAL Inklufest yang dianjurkan penuntut tahun tiga Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, baru-baru ini menonjolkan kepentingan inklusiviti dalam pendidikan bagi menggalakkan penerimaan dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu-isu yang dihadapi oleh orang kurang upaya (OKU). Ia adalah satu usaha murni yang mencerminkan komitmen UKM dalam mewujudkan kampus yang inklusif. Karnival seumpama itu dilihat sebagai platform yang sesuai untuk membuka mata masyarakat mengenai keperluan dan potensi golongan OKU, sekali gus menggalakkan keterbukaan masyarakat terhadap mereka. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya