KLANG: Pelaksanaan semula dasar kabotaj di Sarawak membantu melindungi syarikat perkapalan domestik daripada persaingan asing sehingga kerugian teruk atau gulung tikar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu dibuat berdasarkan permintaan kerajaan Sarawak yang memfokuskan kepentingan dan kelangsungan syarikat tempatan. Menurutnya, dasar itu hanya membenarkan syarikat perkapalan domestik mengangkut kargo barangan ke Sarawak antara Semenanjung dan Sabah. “Sarawak mempunyai banyak syarikat perkapalan yang berpangkalan di negeri itu termasuk industri membaiki kapal. Jadi, kalau tiada kapal domestik, bagaimana mereka ada perniagaan. “Ia sudah tentu memberi pelbagai kesan kepada industri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya