Justin Timberlake ditahan memandu mabuk - Utusan Malaysia

Justin Timberlake ditahan memandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Justin Timberlake ditahan atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk selepas gagal mematuhi papan tanda berhenti dan dua kali melencong dari lorongnya di kawasan tepi pantai Hamptons mewah di New York, semalam.

Menurut dokumen mahkamah, Timberlake yang memandu BMW warna kelabu tidak memberhentikan kereta di papan tanda berhenti dan dua kali gagal berada di sebelah kanan jalan.

Apabila dihalang oleh polis, mata Timberlake didakwa berwarna darah dan berkaca selain bau minuman beralkohol kuat terpancar dari nafasnya.

Malah dalam dokumen sama, penyanyi Sexy Back itu tidak dapat menumpukan perhatian, berada dalam keadaan tidak stabil dan gagal semua standard ujian ketenangan lapangan.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 43 tahun itu telah dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Sag Harbour dan dibebaskan.

Kes tersebut bakal disambung pada 26 Julai depan.

Sementara itu, peguam penyanyi itu, Ed Burke, memberitahu US Weekly, penyanyi itu berdepan pertuduhan selepas dia menolak ujian nafas.

“Timberlake juga didakwa atas dua pertuduhan gagal berhenti dan tidak melakukan perjalanan di lorong trafik yang betul,” katanya.

Untuk info, penyanyi tersebut mula mengecap populariti sebagai ahli kumpulan fenomena 1990-an, ‘N Sync sebelum memulakan kerjaya solo.

Penyanyi itu kini sedang dalam siri jelajah Everything I Thought It Was dengan dua konsert yang dijadualkan di Chicago hujung minggu ini dan dua pertunjukan di New York City minggu depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya