PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperoleh perintah jagaan sementara terhadap adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin yang mati dibunuh, tahun lalu. Perkara itu disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Menurut beliau, JKM memperoleh Perintah Jagaan Sementara di bawah Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 itu daripada Mahkamah Majistret sebentar tadi. “Kanak-kanak itu akan ditempatkan di institusi kebajikan untuk tempoh dua bulan bergantung kepada penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai,” katanya. Semalam, difahamkan pihak JKM Selangor pergi ke rumah keluarga ibu bapa Zayn…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya