Jarang bernyanyi konsert ‘outdoor’, Sufian Suhaimi teruja hadiri Karnival Gen-AI - Utusan Malaysia

Jarang bernyanyi konsert ‘outdoor’, Sufian Suhaimi teruja hadiri Karnival Gen-AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jarang membuat persembahan di konsert terbuka, penyanyi, Sufian Suhaimi, teruja bakal membuat persembahan untuk Karnival Gen-AI, Sabtu ini.

Menurutnya, persembahan sebegini adalah peluang yang baik untuk bertemu lebih ramai peminat berbanding konsert tertutup yang mempunyai tempat terhad.

“Saya sememangnya seronok menyertai program sebegini kerana dapat mendekatkan saya dengan peminat. Tiada jurang antara saya dengan mereka.

“Suasananya amat berbeza dengan persembahan di tempat tertutup kerana di lokasi begitu penonton yang hadir hanyalah golongan tertentu sahaja dan terhad.

“Tapi di karnival begini, semua orang boleh hadir untuk menonton persembahan saya dan artis-artis lain. Lebih dari itu, mereka juga dapat membeli belah dan terbabit dengan program bermanfaat lain yang disediakan,” katanya.

Selain Sufian Suhaimi, artis lain yang turut diundang di karnival yang berlangsung selama dua hari bermula pada 21 Jun ialah Apak & Chombi, kumpulan Khalifah, Senario, dan Floor 88.

Pendapat sama turut diluahkan oleh kumpulan Floor 88 yang berjanji akan memberikan persembahan maksimum kepada pengunjung yang datang nanti.

“Datang sendiri dan saksikan persembahan kami serta artis lain yang dibawakan.

“Lagipun bukan senang barisan artis terkenal nak turun padang seperti dalam konsert ini lagi,” katanya.

Karnival Gen-AI yang bakal diadakan di C-Mart, Simpang Ampat, Pulau Pinang ini diharap dapat menarik perhatian orang ramai khususnya anak muda di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Antara aktiviti lain yang turur berlangsung di karnival itu nanti ialah pertandingan Muay Thai Kuda Merah Karnival Kerjaya, Pameran Agensi dan pertandingan e-sukan.

Karnival Gen-AI ini juga akan diserikan lagi dengan vendor lokal utara iaitu Jalan Pasola dan gerai-gerai menarik untuk dikunjungi pengunjung dan berbelanja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN