Jantung seperti mahu meletup, rasa mahu mati – Khai Bahar - Utusan Malaysia

Jantung seperti mahu meletup, rasa mahu mati – Khai Bahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU demi satu kontroversi dan dakwaan kurang manis didengar melibatkan penyanyi, Khai Bahar. Ketika ibunya meninggal dunia juga, dia dihambat kontroversi yang tidak kurang sensasinya.

Lantas ada dalam kalangan peminat tertanya-tanya, apakah ini sebenarnya satu cubaan mensabotaj nama baik yang direkodkan Khai selama ini? Adakah ini sekadar untuk menjatuhkannya?

Pada masa sama, ada yang ‘suka’ melihat satu demi satu warna hitam terpercik di kanvas seni penyanyi Luluh ini? Apakah ada yang kurang senang dan iri dengan kejayaannya selama ini?

Tidak cukup difitnah kononnya berhubungan sejenis, dia dikatakan suka berparti dan berhibur. Malah ada yang kurang senang melihat perkongsian sahabat-sahabatnya di media sosial. Apa sebenarnya yang berlaku? Khai, Jawablah!

SEPERTI tiada noktah, ada sahaja cerita kurang manis didengar. Ada sahaja dakwaan kononnya Khai begitu dan begini. Kontroversi yang menjatuhkan nama Khai. Adakah ini satu cubaan mensabotaj nama baik Khai?

Saya sendiri hairan, ada sahaja dakwaan yang tidak benar bertebaran. Kalau hendak kata disabotaj rakan terdekat, saya yakin mereka tidak akan berbuat demikian.

Apabila orang sibuk buat fitnah, kita mahu lawan pun tak guna. Bagi saya, ikutlah dia hendak cakap apa. Bila dia sudah penat, mungkin ketika itu dia akan berhenti.

Kalau saya lawan, takkan berpenghujung isu itu. Lagi banyak cerita tidak benar pihak itu tularkan.

Khai dikatakan kaki parti, suka berhibur dengan golongan sejenis. Apabila dihambat kontroversi seperti ini, apa kata keluarga? Terutama selepas pemergian ibu tercinta.

Saya tinggal bersama keluarga. Mereka tidak pernah tanya sebab mereka kenal siapa saya, macam mana peribadi saya. Lagi pun, kalau kata suka berparti, saya lepak dengan kawan-kawan pun kurang.

Selepas Allahyarham ibu disahkan sakit, saya sudah bataskan aktiviti luar. Pergi kerja dan balik. Saya tidak mahu diri sendiri terlalu lalai sehingga lupa ibu sedang sakit.

Sekarang selepas ibu pergi pun, saya lebih senang duduk rumah. Entahlah, rasa kosong. Tak ada adrenalin untuk berhibur seperti dahulu kala. Sampai ada juga kawan-kawan terasa hati tetapi ramai juga memahami keadaan emosi saya sekarang.

Bila Khai berkata demikian, bagaimana keadaan mental Khai sekarang?

Sebenarnya, ketika 2019 saya pernah berdepan keadaan kesihatan mental yang agak teruk. Saya diserang rasa panik, anxiety dan kemurungan. Ketika itu saya rasa hilang, kosong. Tetapi saya tahu, jika tidak dikawal habis semuanya.

Setahun saya cuba lawan kemurungan. Setiap malam saya menangis, rasa jantung hendak meletup. Tiap-tiap hari sebelum tidur, saya rasa seperti itu adalah detik terakhir saya di dunia. Rasa mahu mati.

Jadi, saya ambil inisiatif, jumpa pakar dan dapatkan rawatan. Jumpa ustaz, minta nasihat. Sekarang saya sudah mampu kawal. Apa sahaja ujian dan cabaran, saya boleh hadapi.

Khai marah tak bila ada sahaja pihak yang tidak suka atau secara diam-diam cuba mencemarkan maruah Khai?

Saya ini tidak reti hendak benci atau marah orang. Saya kawan dengan semua orang. Apabila marah orang pun, saya akan rasa bersalah. Hujungnya, saya sendiri minta maaf dulu.

Saya tidak tenteram bila ada rasa marah. Cuma saya selalu pegang pesanan mak, supaya fokus dengan kerjaya dan jaga keluarga. Jadi, jika ada orang cuba cari pasal, saya biarkan sahaja.

Saya fokus kepada mereka yang menerima, menyayangi dan menghormati saya.

Ketika ini selain keluarga, peminat adalah kekuatan Khai untuk hadapi semua ini?

Ya, saya sangat bersyukur kerana saya dijaga oleh peminat-peminat setia. Jika ada apa-apa, mereka dahulu yang beritahu, berpesan dan menasihati saya.

Saya juga ada buat silap, tetapi mereka terima seadanya. Saya juga belum anggap diri berjaya, masih gagal memberikan kejayaan besar kepada mereka.

Saya harap mereka setia bersama Khai Bahar. Saya akan berusaha untuk pegang gelaran terbaik itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya