SETIU: Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemukan mati dibunuh, Disember tahun lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas menahan reman ibu bapa mangsa sehingga 7 Jun. “Tempoh reman tujuh hari masih berjalan, jadi bagi ruang pihak polis menyiasat terlebih dahulu. “Setakat ini tangkapan hanya dua orang sahaja iaitu ibu bapa mangsa, tiada tangkapan lain,” katanya. Razarudin berkata demikian ditemui selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya