Jamal Abdillah mohon doa orang ramai, isteri di IJN - Utusan Malaysia

Jamal Abdillah mohon doa orang ramai, isteri di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah memohon peminat mendoakan kesihatan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, yang sedang rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami kesan sampingan daripada ubat alahan dan muntah yang teruk.

Jamal, 65, berkata, isterinya sudah empat hari dirawat di hospital selepas mengalami alahan teruk dan tidak makan serta minum untuk beberapa hari.

“Sebelum ini dia dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tidak makan, tak minum. Air juga tidak boleh masuk.

“Selepas empat hari ditahan di wad, doktor benarkan dia balik. Namun, bila balik rumah pun keadaannya sama juga. Saya risau dan masukkan semula dia ke hospital.

“Cuma Alhamdulillah dia stabil. Hari ini dia akan menjalani pemeriksaan angiogram bagi mengenal pasti punca penyakit,” katanya.

Kongsi bapa kepada enam orang anak itu, Zai juga mengalami tiroid dan sakit tekak akibat daripada alahan dan muntah yang teruk.

“Doktor kemudian bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Tetapi kita tidak tahu ubat yang mana satu mengakibatkan kekejangan otot dan tekak dia kejang
“Setakat ini, keadaannya okey dan kandungan juga sihat. Sekarang memang dia di IJN selepas dimasukkan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kelmarin.

“Saya mengharapkan doa daripada semua agar isteri dan anak dalam kandungan sihat sampailah hari kelahiran,” katanya.

Untuk info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya