Jaga kesihatan mental, Janna Nick tawakal soal zuriat - Utusan Malaysia

Jaga kesihatan mental, Janna Nick tawakal soal zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ya, saya sebenarnya sedang fokus untuk mendapatkan zuriat. Itu perancangan saya. Tertekan itu tidak, saya tak sepatutnya tertekan atas nasihat doktor.”

Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Janna Nick yang mengakui sudah menjalani pemeriksaan kesuburan dan mengamalkan gaya hidup sihat bersama suaminya, Dini Scahtzmann sebagai usaha mendapatkan zuriat.

Kongsi Janna, dia juga perlu menjaga kesihatan mentalnya dengan sebaik mungkin untuk mengurangkan tekanan terutama melibatkan kerja sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

“Memang usaha mendapatkan anak itu mencabar. Saya bukan sahaja minta nasihat daripada mereka yang berpengalaman, tetapi doktor dan embriologist.

“Sebenarnya, saya di peringkat buat semua ujian. Sudah jumpa semua doktor. Maksudnya, saya dan Dini memang berusaha serta berikhtiar sebaik mungkin. Kami berdua tawakal.

“Kini, kami serahkan kepada Allah. Saya juga harapkan doa orang ramai. Kita tidak tahu, doa siapa yang akan dimakbulkan dan diangkat Tuhan.
Teruskan berdoa, ada rezeki Alhamdulillah. Kalau belum, usaha lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna berkata, dia juga mengambil pelbagai suplemen dalam usaha untuk mendapatkan anak.

“Memang agak mencabarlah untuk saya nak dapatkan anak. Banyak juga suplemen yang kami kena makan dalam usaha untuk mendapatkan anak.

“Tapi saya ambil perkara ini sebagai satu perjalanan yang indah,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya