PETALING JAYA: Kawasan pantai dan laut di Rafah serta Mawasi Khan Younis semakin lumpuh akibat penguasaan dan serangan bertali arus tentera Israel yang kian meningkat setiap hari. Serangan dan operasi ketenteraan yang semakin intensif oleh tentera Israel di kawasan tersebut menyebabkan angka kematian dan kecederaan parah dalam kalangan rakyat Palestin terus meningkat. Selepas hampir sembilan bulan ditindas dan hidup dalam konflik serta krisis kemanusiaan yang belum kelihatan penghujungnya, tumpuan mereka kini adalah menyelamatkan diri daripada serangan tersebut. Seorang rakyat Palestin yang juga bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asmaa Hussein…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya