Pep Talk Jelajah MRSM Bersama Ansara Superband

Inspirasi kecemerlangan menerusi Pep Talk Jelajah MRSM Bersama Ansara Superband

PENAMPILAN ANSARA Superbrand dalam program‘Pep Talk’ Jelajah MRSM di Langkawi baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, satu program yang dinamakan ‘Pep Talk’ Jelajah MRSM Bersama Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) Superbrand – Episod 1 anjuran Biro Kumpulan Pakar ANSARA diadakan buat pertama kalinya khusus untuk para pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di MRSM di sini.

Ia merupakan inisiatif perintis yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai nilai tambah dalam bidang bukan akademik. “Pep Talk” atau dalam Bahasa

Melayunya ialah ceramah motivasi yang pada terasnya, merangkumi falsafah giving back iaitu usaha murni untuk melahirkan generasi pemimpin, pemikir dan inovator oleh sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada bekas pelajar MRSM itu sendiri dan telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Melalui gabungan ‘Pep Talk’, persembahan muzik dan sesi interaktif yang disusun rapi dengan teliti, penganjur berusaha untuk menanamkan hala tuju dan nilai-nilai hebat di kalangan pelajar.

Menerusi aktiviti ini sedikit sebanyak ia diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh serta dapat mendisiplinkan diri dalam mengimbangi antara pelajaran, minat dan hobi.

Program ini dapat membuka minda pelajar seluas-luasnya terhadap dunia realiti dan prospek pekerjaan selepas tamat persekolahan menerusi perkongsian maklumat daripada bekas pelajar MRSM yang telah berjaya. Secara tidak langsung ia dapat membantu untuk menyemarakkan semangat dan aspirasi pelajar MRSM seluruh negara.

Program tersebut mempunyai pengisian yang unik melibatkan ceramah motivasi dijalankan secara kreatif menerusi Penampilan utama ANSARA Superbrand Kumpulan pemuzik yang terdiri daripada ahli-ahli alumni MRSM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN