Insentif khas RM40,000 pemenang pingat emas WSC 2024

Insentif khas RM40,000 pemenang pingat emas WSC 2024

STEVEN Sim Chee Keong menyempurnakan program Road To Lyon 2024 di Cyberjaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan insentif khas kepada para peserta yang mewakili negara dalam pertandingan Worldskills Competion (WSC) 2024 kali ke-47 yang akan berlangsung pada 7 hingga 16 September depan di Lyon Perancis.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, insentif itu sebagai tanda sokongan, galakan dan dorongan demi memburu kejayaan cemerlang dalam pertandingan kemahiran  peringkat antarabangsa itu.

Menurut beliau, pemenang pingat emas akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM40,000; pingat perak (RM20,000); pingat gangsa (RM10,000), manakala peserta yang mencapai Medallion for Excellence akan menerima RM4,000.

“Peserta yang berjaya mencapai prestasi cemerlang dengan merangkul pingat emas, perak dan gangsa akan turut dianugerahkan pengiktirafan berbentuk persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam bidang kemahiran masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Road To Lyon 2024 di sini hari ini.

Malaysia akan menghantar 15 peserta pada pertandingan bertaraf dunia itu bagi mengiktiraf bakat kemahiran di peringkat antarabangsa yang akan diketuai oleh Chef de Mission, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad bersama 14 orang pakar dan sembilan orang pegawai pengiring.

Para peserta itu adalah dalam kalangan pelajar-pelajar institusi latihan kemahiran serta institusi pengajian  tinggi tempatan yang akan menyertai sebanyak 14 bidang kemahiran antaranya bidang-bidang berteknologi tinggi seperti Robot System Integration, IT Software Solution for Business, Web Technologies, Automobile Technology, Heavy Vehicle Technology dan Digital Construction.

Steven berkata, penyertaan Malaysia dalam pertandingan kemahiran  peringkat antarabangsa memberi impak dan  manfaat besar kepada negara sekali gus mengiktiraf tahap kemahiran belia dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pada masa sama, ia menjadi penanda aras tahap prestasi TVET negara di peringkat dunia.

“Ini termasuk pemindahan teknologi serta amalan terbaik TVET  peringkat antarabangsa dan melahirkan lebih ramai tenaga  kerja mahir negara bertaraf dunia.

“TVET memainkan peranan penting dalam pembangunan  tenaga mahir masa hadapan bagi memastikan agenda  negara dapat direalisasikan dengan jayanya.

“Kerajaan memberikan fokus berterusan terhadap TVET berdasarkan  permintaan dan keperluan industri kepada modal insan  yang mempunyai kompetensi seiring dengan peredaran  teknologi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya