KUALA LUMPUR: Wartawan hiburan tersohor, Kamal Huzaini Kamaludin atau Huzz disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang tadi. Presiden Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin mengesahkan berita sedih itu sebentar tadi. “Wartawan hiburan, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini bin Kamaludin meninggal dunia pada jam 6.10 ptg 8 Jun 2024. “Allahyarham berusia 58 tahun,” katanya. Huzz sebelum ini disahkan menghidap kanser usus tahap empat dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak Mac lalu.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya