'Himpunan Rakyat Lawan Anwar' intai Tambun lokasi perhimpunan seterusnya

‘Himpunan Rakyat Lawan Anwar’ intai Tambun lokasi perhimpunan seterusnya

AIDIL YUNUS ketika berucap di himpunan Rakyat Tolak Anwar di pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perhimpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’ dijangka menjengah Tambun, Ipoh, Perak sebagai lokasi seterusnya jika tiada reaksi kerajaan terhadap lapan tuntutan dikemukakan pihak penganjur.

Penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali sebagai YB Viral berkata, pihaknya memberi tempoh 30 hari bermula hari ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab kesemua lapan tuntutan itu.

Beliau berkata, lokasi itu akan menjadi destinasi kedua perhimpunan selepas pekarangan Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

“Pusingan kedua (perhimpunan), kita akan turun ke Tambun. Kita bagi 30 hari kepada Anwar untuk memberi penjelasan mengenai lapan tuntutan itu.

“Tambun dipilih kerana ia Parlimen diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai perhimpunan di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Presint 10, di sini hari ini.

Ditanya rasional lokasi penganjuran perhimpunan pertama di kediaman rasmi Perdana Menteri hari ini, Aidil berkata, lokasi itu dipilih kerana ia tempat permulaan penting bagi menjatuhkan seorang Perdana Menteri atau Presiden.

“Apabila kita ingin turunkan seorang Perdana Menteri atau Presiden, di mana-mana seluruh dunia, ia bermula di luar kediaman rasmi mereka dan ini tempat paling berkuasa sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Aidil juga menjelaskan perhimpunan pada hari ini tidak membabitkan kerjasama daripada mana-mana parti politik sebaliknya sebuah gerakan oleh rakyat dan demi rakyat.

“Setakat ini, kita tiada kerjasama dengan parti politk. Tiada kerahan parti politik dalam protes hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada protes seperti ini tidak lagi relevan, Aidil berkata, beliau sedar senario sudah berubah tapi tidak menafikan lebih ratusan ribu mengikuti protes di media sosial hari ini.

“Protes ini sebagai satu simbol kepada ketidakpuasan rakyat dan kita tidak kisah kehadiran peserta hari ini. Kami sudah jangka kehadiran sekitar 300 hingga 400 orang,” katanya.

Katanya, beliau dapat sahkan bahawa kehadiran peserta hari ini terdiri daripada pelbagai parti yang ada di negara ini.

Himpunan bermula pukul 5 petang dan berakhir pukul 6.40 petang itu dihadiri sekitar 300 peserta dan mengemukakan lapan tuntutan untuk dijawab oleh Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya