Hari ini hari Tasyrik

Hari ini hari Tasyrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terdapat 354 atau 355 hari setahun dalam tahun hijrah Daripada bilangan tersebut terdapat lima hari umat Islam diharamkan berpuasa. Lima hari tersebut ialah Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal), Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

Kalimah ‘tasyrik’ daripada gabungan tiga huruf iaitu (syin ra qaf). Ia membawa makna perihal keadaan terbit matahari. Tempat terbit matahari dinamakan “masyrik” dan tempat terbenamnya matahari dipanggil “maghrib”

Terdapat tiga pendapat utama kenapa dinamakan hari tasyrik. Pendapat pertama mengatakan bahawa tasyrik bererti menjemur daging korban yang telah dihiris nipis di bawah terik matahari selama tiga hari sehingga betul-betul kering dan masak serta boleh dimakan. Ia disediakan sebagai bekalan makanan untuk para jamaah haji yang memberi fokus kepada amalan melontar jamrah.

Pendapat kedua pula ialah tasyrik merujuk kepada solat sunat Aidiladha yang dilakukan setelah terbit matahari. Seterusnya pendapat ketiga ialah tasyrik bermakna haiwan korban disembelih setelah terbit matahari.

Sehubungan itu jika kita ingin memastikan daging agar tahan lama dan berkhasiat, daging itu sepatutnya dijemur di bawah terik matahari atau disalai terlebih dahulu. Ini sudah tentulah lebih berkhasiat berbanding dengan terus meletakkannya dalam peti ais.

Jadi tidak hairanlah kenapa semakin ramai pengunjung mengunjungi Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk menikmati pelbagai masakan berasaskan salai seperti daging salai, ayam salai, itik salai dan ikan salai. Ini kerana masakan berasaskan salai ini begitu berkhasiat dan baik untuk kesihatan kita semua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN