Gosip? Saya hanya baca bahan ilmiah - Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Gosip? Saya hanya baca bahan ilmiah – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sophia Albarakbah, mengakui jarang meluangkan masa di media sosial yang disifatkan menjadi lubuk gosip industri hiburan.

Oleh itu, Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 itu, enggan ambil pusing sebarang komen negatif tentang dirinya memandangkan dia hanya membaca bahan ilmiah.

“Saya bukan jenis yang selalu berada di media sosial kerana banyak benda tidak berfaedah di sana.

“Saya pun bukan jenis suka mendengar gosip. Benda itu bagi saya tidak patut. Perkara tidak berilmiah memang saya tidak baca,” katanya.

Sophia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi membabitkan dirinya bersama pelakon, Aliff Aziz yang pernah tular.

Bukan itu sahaja, pelakon Saka Perawan itu juga menafikan dakwaan tidak menghadirkan diri di majlis keramaian untuk mengelak daripada ditemu bual media.

“Saya bukan mengelak, tapi saya sangat sibuk dengan penggambaran drama Saga With Love musim kedua.

“Ini pun saya baru pulang dari Jepun selepas 25 hari penggambaran. Sekarang sambung lagi di Kuala Lumpur. Jadi, jadual saya memang padat,” tegasnya.

Sementara itu, Sophia juga mengatakan tidak terganggu dengan khabar angin yang berlegar tentang dirinya kerana hanya memberi fokus kepada kerjaya.

“Sekarang saya fokus kerja, perkara yang tidak berkaitan, saya tidak mahu komen.

“Saya tidak terganggu dengan segala kontroversi. Kerja jalan seperti biasa.

“Ketika kerja, saya kena serius. Watak yang saya dapat ialah sebuah tanggungjawab,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sophia membintangi sebuah filem seram komedi bertajuk Saka Perawan.

Filem yang turut dijayakan Azlee Senario, Isyariana dan Nelissa Nizam menemui penonton bermula 27 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya