Geng rider bawa masuk PATI tumpas

Geng rider bawa masuk PATI tumpas

SINDIKET penyeludupan migran tumpas guna taktik geng rider dalam operasi JIM di Kelantan. - GAMBAR JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Taktik sindiket penyeludupan migran mengubah modus operandi dengan merekrut penunggang motosikal atau dikenali rider untuk mengangkut pendatang tanpa izin (PATI) akhirnya tumpas.

Ia selepas pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan dan 33 orang PATI yang cuba dibawa nasuk ke Malaysia melalui laluan haram menggunakan ‘khidmat’ geng rider itu.

Penahanan itu dibuat menerusi operasi khas yang dijalankan pada 10 Jun lalu pada pukul 5.20 pagi di Kubang Kerian dan Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh, berdasarkan maklumat awam dan risikan, seramai 19 anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) bersama Unit Risik Sempadan JIM Negeri Kelantan digerakkan bagi mengesan sekumpulan PATI dipercayai baru memasuki negara melalui pangkalan haram di sempadan.

“Lanjutan itu, pasukan operasi bertindak menyerbu sebuah rumah transit dan berjaya menahan seramai empat lelaki warganegara Bangladesh.

“Turut ditahan seorang wanita warganegara Thailand dan dua lelaki warganegara India yang dijumpai berada dalam kereta transporter dan cuba melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, susulan dari tangkapan ini, pasukan berjaya memperoleh maklumat mengenai pergerakan transporter bermotosikal dipercayai cuba memindahkan PATI ke Terminal Bas Ekspres Lembah Sireh.

Katanya, pasukan bergegas ke lokasi sasaran dan berjaya menahan dua lelaki tempatan, masing-masing sedang membonceng seorang lelaki warganegara Myanmar.

“Cubaan seorang penunggang motosikal untuk melarikan diri berjaya dihalang oleh anggota operasi dan kedua-dua motosikal disita untuk tindakan jabatan.

“Pasukan operasi turut memeriksa kawasan sekitar terminal dan berjaya menahan seramai 24 orang PATI terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan warga asing dipercayai sedang menunggu bas untuk dibawa ke destinasi ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, takktik ini dipercayai untuk mempercepatkan pergerakan PATI ke destinasi di luar Kelantan serta mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, kumpulan sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 kepada PATI untuk semua urusan berkaitan kemasukan mereka ke negara ini.

“Kesemua 33 PATI ditahan kerana tinggal lebih masa dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas sah untuk berada di negara ini.

“Manakala dua orang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek.26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan semua kenderaan disita untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya