Gempa bumi Peru: Kedutaan Besar Malaysia di Lima selaras usaha pihak berkuasa tempatan

Gempa bumi Peru: Kedutaan Besar Malaysia di Lima selaras usaha pihak berkuasa tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda negara itu hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pihaknya giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jelasnya, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Lima.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Terdahulu, AFP melaporkan, gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda pantai tengah Peru, mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) tetapi ancaman tsunami daripada gegaran itu telah dibatalkan.

Menurut USGS, gegaran itu melanda 8.8 kilometer dari daerah Atiquipa, meningkatkan ukuran magnitud pada perigkat awal sejurus selepas gempa bumi itu dilaporkan. 

Gegaran kuat akan dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa. 

Pusat Amaran Tsunami Pasifik sebelum ini berkata, gelombang tsunami berbahaya diramalkan akan berlaku di beberapa pantai tetapi kemudian menegaskan bahawa ancaman itu telah berlalu.

Peru yang mempunyai kira-kira 33 juta penduduk terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Negara itu  dilanda ratusan gempa bumi yang dapat dikesan pada setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya