Gamuda Land terima kelulusan pembangunan semula 75 London Wall - Utusan Malaysia

Gamuda Land terima kelulusan pembangunan semula 75 London Wall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gamuda Land dan pelabur hartanah, Castleforge menerima kelulusan untuk pembangunan semula 75 London Wall, yang sebelum ini dirujuk sebagai Winchester House dan dahulunya ibu pejabat Deutsche Bank di United Kingdom (UK) kepada ruang pejabat yang mampan dan terbaik dalam kelasnya.

Pelan yang dibangunkan oleh arkitek Orms yang berpangkalan di London, akan menyaksikan kapasiti bangunan itu meningkat sebanyak 40 peratus kepada 688,000 kaki persegi sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Castleforge.

Pembangunan semula tersebut dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, kelulusan perancangan penuh menandakan itu satu langkah penting ke hadapan untuk 75 London Wall.

“Pembinaan kini boleh dimulakan membolehkan Gamuda dan Castleforge merealisasikan visi kami untuk tapak untuk mengubahnya menjadi ruang pejabat premium yang mampan. Kelulusan ini menandakan peristiwa penting dalam pembangunan projek.

“Ia juga mengukuhkan lagi kehadiran Gamuda dalam pasaran pembangunan hartanah UK, di mana kami bertujuan untuk membina portfolio serantau bagi projek hartanah dengan kadar pulangan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, tinjauan baru-baru ini terhadap lebih 1,800 pekerja pejabat di seluruh UK yang dilaksanakan oleh Castleforg mendapati bahawa orang ramai bersedia untuk meninggalkan rumah mereka dan berani berulang-alik, dengan lebih daripada satu pertiga
melaporkan perasaan terasing secara sosial di rumah.

Jelasnya, sikap ini amat kuat dalam kalangan mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun, dengan 43 peratus daripada kumpulan ini melaporkan peningkatan perasaan pengasingan sosial dan 59 peratus mengatakan mereka kurang produktif apabila bekerja dari rumah.

“75 London Wall akan menjadi ruang pejabat masa depan yang mampan, direka untuk mengekalkan bakat terbaik untuk majikan yang menjadi penyewanya.

“Projek ini akan mengekalkan 89 peratus daripada fabrik binaan sedia ada, termasuk fasad sedia ada di peringkat bawah.

“Pejabat akan diubah suai sepenuhnya untuk menyediakan penginapan gred A+ yang cekap tenaga yang menyasarkan BREEAM ‘Outstanding’, WELL Core ‘Platinum’, dan reka bentuk NABERS UK lima bintang untuk prestasi,” jelasnya.
Menurutnya, mereka kini akan memulakan perundingan mengenai projek itu, menawarkan nasihat kebolehbinaan dalam baki peringkat reka bentuk sebelum memasuki kontrak pembinaan utama pada suku ketiga 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya