Gading Eduventure promosi UKM di Kalimantan

Gading Eduventure promosi UKM di Kalimantan

Delegasi UKMSHAPE ketika mengadakan promosi di Pontianak, Kalimantan bersama dengan Gading Eduventure baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gading Eduventure Sdn. Bhd. iaitu rakan strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam mempromosikan universiti itu di luar negara menjadikan Kalimantan Barat sebagai salah satu destinasi untuk menarik pelajar melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pendidikan berkualiti di negara ini khususnya di UKM.

Dalam program promosi yang dilakukan di Kalimantan Barat itu, tumpuan Gading Eduventure ialah di dua bandar utama iaitu Pontianak dan Banjarmasin.

Di Pontianak, Gading Eduventure bersama dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional UKM (UKMShape) telah menyertai Pameran Pendidikan Global yang dianjurkan oleh bahagian Pendidikan dan Kebudayaan Kalimantan Barat bersama Education Malaysia Global Services serta Konsulat Pendidikan Malaysia di Pontianak.

Sasarannya supaya warga Kalimantan Barat memilih untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi terbaik di Malaysia iaitu di UKM.

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKMShape, Prof. Madya Dr. Azahan Awang berkata, UKM sudah lama menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan di Indonesia terutama di Pontianak termasuk telah menandatangani kerjasama dengan dua universiti di bandar itu.

Katanya, UKM turut menawarkan peluang pendidikan yang luas mencakupi semua bidang.

Selain itu, bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di UKM akan memudahkan para pelajar di Indonesia untuk berasimilasi

Lagi pula kata Dr. Azahan, Pontianak dan Malaysia boleh dikatakan mempunya susur budaya yang hampir sama yang menjadi nilai tambah jika penduduknya menjadikan Malaysia sebagai destinasi melanjutkan pelajaran.

Sementara itu di Banjarmasin, Gading Eduventure telah menandatangani surat hasrat (LoA) dengan Universiti Sari Mulia bagi menjalin kerjasama terutama dalam bidang pendidikan termasuk pengambilan pelajar, lawatan ke kampus, pertukaran pelajar, latihan akademik, kursus jangka pendek dan latihan industri.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Gading Eduventure diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng sementara Universiti Sari Mulia oleh Rektornya, Dr. RR Dwi Sogi Sri Redjeki.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN