Filem konsert Blackpink tayang di Malaysia mulai 31 Julai - Utusan Malaysia

Filem konsert Blackpink tayang di Malaysia mulai 31 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem konsert kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink, bakal ditayangkan di Malaysia bermula 31 Julai ini.

Perkara tersebut disahkan pihak pengurusan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Filem berdurasi 92 minit itu merupakan hasil rakaman konsert jelajah Born Pink di lokasi terakhir yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, tahun lalu.

Bukan itu sahaja, naskhah rahan Yoondong Oh dan Geun Min itu mengumpulkan momen daripada siri jelajah Born Pink yang diadakan di 34 bandar dengan kehadiran lebih 1.8 juta penonton.

Dalam pada itu, agensi Blackpink, YG Entertainment, mengatakan filem itu akan ditayangkan di lebih 110 negara seluruh dunia pada tarikh yang sama.

Blackpink mencipta rekod apabila menjadi kumpulan K-pop pertama yang memiliki filem konsert ditayangkan di lebih 110 negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN