HULU SELANGOR: Dua penjenayah yang ditembak mati di Hentian Sebelah Tanjung Malim (Kilometer 396.5 arah utara) malam tadi aktif menyamun di sekitar Perak. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga masih menyiasat pembabitan mereka dalam kumpulan kongsi gelap. Dalam kejadian pukul 11.32 malam tadi, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Perak mengekori kereta Proton Waja warna kelabu dalam keadaan mencurigakan. Apabila menyedari diekori, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuh Raya Utara Selatan. Pasukan polis berjaya menghentikan kenderaan suspek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya