KUALA TERENGGANU: Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 tuduhan menerima rasuah sebanyak RM12,500 sejak 2017 sehingga 2023. Tertuduh, Che Mohd. Taufik Che Arif, 33, yang berdepan 13 pertuduhan dan Mohd. Afiq Ikhwan Ramli, 30, satu tuduhan, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman, hari ini. Berdasarkan kertas pertuduhan, Che Mohd. Taufik sebagai pembantu penguasa JKDM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa secara rasuah memperoleh suapan keseluruhan RM9,000. Sementara itu, Mohd. Afiq Ikhwan pula didakwa menerima suapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya