IPOH: Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini. Kejadian itu turut menyebabkan pemandu MPV jenis Toyota Avanza berusia 65 tahun parah manakala dua kanak-kanak perempuan cedera. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya pada pukul 11.39 pagi. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu BBP Gopeng diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya