CAMERON HIGHLANDS: Industri sayur-sayuran dan bunga-bungaan di sini yang membekalkan kira-kira 40 peratus keperluan negara diancam lumpuh berikutan penghapusan subsidi diesel bagi pekebun memperoleh pendapatan RM300,000 dan ke atas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, sebelum isu subsidi diesel, kira-kira 2,200 petani di situ sudah terbeban dengan kenaikan kos baja dan gaji pekerja. “Kini kebanyakan pengusaha yang berpendapatan lebih RM300,000 setahun tidak layak mendapat subsidi diesel sedangkan bahan api ini dianggap ‘nyawa’ kepada aktiviti pertanian di sini. “Pengeluaran sayur-sayuran segar di Cameron…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya