KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) (Pembubaran) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini walaupun menghadapi suasana kecoh antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Bacaan kedua RUU tersebut lulus melalui undian blok dengan 93 menyokong, 63 (menentang) dan 66 (tidak hadir) selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook selesai melakukan pembentangan kali kedua. RUU berkenaan merangkumi pindaan yang diperuntukkan dalam 14 fasal keseluruhannya, termasuk Fasal 3 yang bertujuan memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) dan seterusnya membubarkan Mavcom. Selain itu, Fasal 4 bertujuan mengadakan peruntukan bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya