Dedikasi guru turut berbakti di luar bilik darjah

Dedikasi guru turut berbakti di luar bilik darjah

BEBERAPA guru mengawasi keselamatan pelajar yang tiba ke sekolah bagi sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif di ibu negara baru-baru ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengorbanan seorang guru bukan sahaja setakat di dalam bilik darjah apabila mereka menyempurnakan tugasan hakiki mengajar dan membimbing pelajar tetapi ada segelintir guru yang membuat pengorbanan lebih daripada itu.

Meskipun peranan guru bukan sahaja mengajar dalam bilik darjah tetapi menjadi fungsi sebagai penjaga keselamatan dan kebajikan pelajar di sekolah.

Tanggungjawab seorang guru yang semakin luas ini menunjukkan komitmen guru dalam memastikan pelajar dapat persekitaran pembelajaran yang selamat dan sejahtera.

Para pendidik di seluruh negara telah diberi amanah untuk mengawasi keselamatan pelajar dalam pelbagai aspek. Bukan sahaja menjaga keselamatan pelajar dari segi fizikal, malah dari mental juga pendidik perlu mengambil kira.

Pendidik mana yang tidak risau akan keselamatan anak pelajarnya yang mana mereka melayan seperti anak sendiri dan mereka sentiasa berdedikasi untuk menjaga mereka.

Program cegah buli merupakan inisiatif penting yang diperkenalkan di sekolah-sekolah dan program ini dijalankan secara berkala bagi memastikan semua pelajar sedar bahawa buruknya akibat buli terhadap mereka.

Tidak dilupakan para pendidik memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan membantu pelajar yang mengalami masalah emosi atau mental. Kita tidak mengetahui yang pelajar berada dalam masalah sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap golongan itu dan lama-kelamaan akan ada kesan negatif kepada pelajar tersebut.

Melalui program kaunseling dan sesi bimbingan, pendidik dapat memberi sokongan yang diperlukan oleh pelajar yang mungkin mengalami tekanan atau masalah peribadi.

Tanggungjawab sebagai guru bukan sahaja dalam bilik darjah, tetapi juga di luar kawasan sekolah apabila guru mengambil langkah mengawasi keselamatan bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Bagi memberi contoh mudah betapa komitednya guru dalam mengambil berat kemajuan murid yang ditunjukkan oleh beberapa guru di Sekolah Kebangsaan Yacob Latif 1 dan 2 di ibu negara baru-baru ini.

Tinjauan pada awal pagi di Sekolah Kebangsaan Yacob Latif di sini menunjukkan dedikasi guru menjaga keselamatan murid yang baru sampai dan masuk perkarangan sekolah. Mereka bermula mengawal dari 6.45 pagi hingga 7.30 pagi sebelum bermula pembelajaran masa yang pertama. Walaupun tugas sebagai pendidik itu sukar dan mencabar, mereka perlu memberi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar agar mereka tidak terpengaruh dengan anasir jahat.

Dalam suasana di mana isu keselamatan semakin mendapat perhatian, peranan guru sebagai penjaga pelajar menjadi semakin penting.

Melalui komitmen dan semangat mereka, para pendidik berjaya mencipta persekitaran yang bukan sahaja kondusif untuk belajar, tetapi juga selamat dan menyokong perkembangan pelajar.

Dengan pelbagai tanggungjawab yang dipikul, jelas sekali bahawa pendidik adalah tonggak utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar terpelihara.

Ini terbukti bahawa peranan mereka bukan sahaja mengajar, tetapi juga menjaga dan memberi perlindungan terhadap pelajar-pelajar di sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN