Dalang 'kontena terbang' warga Singapura ditahan

Dalang ‘kontena terbang’ warga Singapura ditahan

Dalang 'kontena terbang' warga Singapura ditahan SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu warga Singapura yang menjadi dalang ‘kontena terbang’ disyaki merasuah pegawai penguat kuasa di pelabuhan Klang, Selangor sehingga negara kehilangan RM3.5 bilion akibat ketirisan cukai.

Rasuah itu diberikan sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat-syarikat milikannya untuk tidak dikenakan bayaran cukai.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 30 Jun ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.

“Siasatan awal mendapati wang tersebut telah diberikan secara tunai kepada kesemua pegawai penguat kuasa. Sehingga kini dipercayai seramai 11 pegawai penguat kuasa yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN