Customs Frontline: Ganas dan berombak - Utusan Malaysia

Customs Frontline: Ganas dan berombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA sudahpun mengenal dan menonton Nicholas Tse sejak saya berusia 10 tahun. Ketika itu, selain Jackie Chan dan Donnie Yean, Nicholas antara pelakon yang membuat saya merasakan filem aksi Hong Kong selalu mempersonakan.

Kali ini menerusi Customs Frontline (CF), penampilan beliau nampaknya lebih istimewa hasil sinergi bersama pengarah prolifik, Herman Yau.

Bukan itu sahaja, inilah naskhah pertama yang menjadikan beliau bukan sahaja pelakon taruh, malah koreografi sekali gus.

Sebagai penonton, kita boleh mendapatkan aura awal suatu lem itu bagus atau tidak daripada 10 minit pertama tayangan.

Aksi pertama muncul di layar lima saat selepas cerita dibuka. Saya terpesona. CF menceritakan tentang bagaimana pihak berkuasa kastam di China bergabung demi membanteras kes penyeludupan terbesar membabitkan jual-beli senjata ke negara bergolak.

Ketika inilah lahirnya Chow Ching-lai (Nicholas Tse) seorang pegawai yang dilihat biasa sahaja sebenarnya, tiada karisma yang cukup kuat namun sangat cekap.

Dalam ketegangan misi penyeludupan, Chow selalu dibantu seniornya Cheung Wan-nam (Jacky Cheung). Dalam hidup Chow, Cheung bukan hanya senior, tapi abang dan juga mentor yang ada bersamanya.

Namun dalam mana-mana jabatan dan senioriti, akan ada budaya toksik yang saling menekan, meludah orang bawahan, dan sabotaj rakan kerja yang dilihat berpotensi naik jawatan.

Cheng adalah punching bag di tempat kerjanya sehingga disahkan mengalami masalah bipolar. Tetapi tiada siapa yang tahu kerana tiada siapa yang benar-benar ingin mendengarnya.

DALAM DAN RAHSIA

Saya tidak menceritakan sinopsis ini saja-saja. Tapi saya merasakan Herman Yau menghasilkan naskhah ini dengan elemen naratif yang penuh semiotik.

Banyak syot naskhah ini bermain dengan lautan termasuklah adegan pertama filem ini. Laut dan air seperti kata penyair dan ahli falsafah Gaston Bachelard dalam L’Eau et les rêves, adalah mata sebenar bumi.

Ia ironi, iaitu harapan dan misteri. Nyaman tetapi bahaya. Sama seperti watak Cheung yang berkecamuk sehingga menjadikannya sosok yang berbeza di pertengahan cerita.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, Cheung adalah tokoh dan watak paling utama seolah-olah CF dibikin untuk memberi penghormatan kepadanya.

Saya suka bagaimana lautan tetap menjadi latar aksi penutup Chow membantai penjahat terakhir.

Chow menariknya ke permukaan dan menyelamatkannya daripada maut. Seperti mana laut turut dikaitkan dengan penyucian, adegan itu seolah ingin memberitahu tidak semestinya yang jahat mahu selamanya jahat.

CF banyak menyajikan aksi yang sangat luar biasa, dramatik dan cemerlang. Babak kesukaan saya adalah ketika Nicholas terkontang-kanting di atas kontena.

Walaupun terdapat beberapa babak saya rasakan agak keterlaluan, tetapi kerana lagaknya memikat, saya maafkan.

Kritikan saya terhadap filem ini mungkin hanya kepada mutu lakonan pelakon lain yang dilihat ‘tidak sampai’ terutamanya watak sampingan naskhah ini. Selain itu, CF naskhah mantap, sebuah filem aksi yang dibanggakan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya