Cikgu Noriah permata murid Orang Asli etnik Jahut Lembah Kiol

Cikgu Noriah permata murid Orang Asli etnik Jahut Lembah Kiol, Jerantut

NORIAH a/p Pandak (depan, kiri) bersama pasukan bola jaring bawah 12 tahun murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Perwatakannya lemah-lembut, bersopan, petah berbahasa serta komited semasa mengajar di kelas antara adunan dalam perkhidmatan keguruan seorang wanita keturunan Orang Asli, Noriah a/p Pandak, 44, yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol, terletak berdekatan penempatan Orang Asli yang juga kawasan hutan rekreasi Lembah Kiol dekat sini.

Noriah yang berasal dari Kampung Aur, Muadzam Shah, Rompin merupakan guru wanita Orang Asli etnik Jakun sehingga ini sudah 14 tahun mengajar mata pelajaran Sains di sekolah tersebut.

Noriah berkata, setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Antarabangsa UNITAR Malaysia, Kelana Jaya, dia terus memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kerana minatnya sejak kecil untuk menjadi seorang guru.

“Bermulalah karier saya sebagai seorang guru setelah menjalani latihan KPLI pada 2001 dan mula ditempatkan bertugas di SK Sungai Mok, Rompin dengan diberi tanggungjawab mengajarkan mata pelajaran Sains kepada murid Orang Asli etnik Jakun di sana.

“Selama tiga tahun di SK Sungai Mok, saya bertukar ke SK Sungai Kiol, Jerantut mulai Januari 2007 sehingga ini kerana mengikut suami bertugas di sebuah jabatan kerajaan di bandar Jerantut dan juga diberi tanggungjawab mengajarkan mata pelajaran yang sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN