CEO syarikat konsesi lebuh raya antara ditahan,

CEO syarikat konsesi lebuh raya antara ditahan, disyaki rasuah projek lebuh raya bernilai RM1.6 bilion

KETUA pegawai eksekutif syarikat konsesi lebuh raya antara ditahan disyaki rasuah projek bina lebuh raya di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman empat hari sehingga 28 Jun ini.

Lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman tiga hari sehingga 27 Jun ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, tiga suspek daripada syarikat konsesi berkenaan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita, manakala pemilik syarikat itu pula membabitkan lima lelaki yang kesemua berusia sekitar 40 hingga 50-an ditahan dalam Op Lintas antara pukul 8 hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM.

“Tiga suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya ini disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik-pemilik syarikat berkenaan sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja-kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.

“Selain itu, mereka juga dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek itu adalah berjumlah RM 11 bilion,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaha mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN