PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan menggantikannya dengan hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh teman wanita yang enggan berkahwin dengannya, enam tahun lalu. Gunasegaran, 43, pernah menggemparkan negara apabila memandu sendiri kenderaan yang membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara, Petaling Jaya selepas kejadian itu. Lelaki tersebut disabitkan membunuh kekasihnya di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Kota Damansara pada pukul 1.50 petang, 5 Februari 2018. Naratif pendakwaan menunjukkan, Gunasegaran membeli pisau dan tuala dari pasar raya hiper dan membawanya dalam beg kelabu sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya