IPOH: Seorang penjaja ‘chee cheong fun’ berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Simee, kelmarin. Tertuduh, Wong Choon Foo, 56, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret S. Punitha. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Yew Mee Foong, 48, di sebuah rumah di Laluan Simee 11, Kampung Simee, Ipoh antara pukul 8.30 hingga 9 pagi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya