SABAK BERNAM: Tiga kawasan jeti di daerah ini dan Kuala Selangor digempur Jabatan Perikanan selepas menjadi tumpuan aktiviti penggunaan bubu naga, kelmarin. Kesemua lokasi itu melibatkan Bagan Tengkorak, Bagan Sungai Besar dan Bagan Sekinchan yang digempur dalam Operasi (Ops) Hurricane Bersepadu dan membawa kepada rampasan sebanyak 800 bubu naga dianggarkan bernilai RM40,000. Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang. “Kebanyakan pengusaha haram telah memberhentikan operasi akibat kekerapan operasi yang dijalankan penguat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya