Black, Fahimi rai ulang tahun ke-18 MBPJ - Utusan Malaysia

Black, Fahimi rai ulang tahun ke-18 MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meraikan ulang tahun ke-18 pengiktirafan status bandar raya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal menganjurkan 37 aktiviti dan program sepanjang bulan ini.

Dalam satu kenyataan, MBPJ berkata, objektif penganjuran acara itu untuk mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa dengan rakyat khususnya penduduk sekitar sini.

Malah, penganjuran pelbagai program itu dapat menggalakkan penglibatan komuniti dari segenap peringkat bertepatan dengan tema sambutan Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia tahun ini.

“Kami komited dalam mempertingkatkan usaha memberikan perkhidmatan terbaik dengan menjayakan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

“Daerah ini juga dianugerahkan sebagai Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Bahagia Bersama Malaysia Madani,” katanya.

Dalam kenyataan sama, kemuncak sambutan tersebut bakal diserikan dengan penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival (PJIFF) 2025 dan Perasmian Ulang Tahun Petaling Jaya 2024.

Program yang berlangsung di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin pada 29 Jun esok bakal diisi pertandingan perarakan yang mempertandingkan dua kategori iaitu Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan institusi pengajian tinggi swasta.

Hampir 400 orang peserta dijangka menyertai perarakan itu dengan jumlah keseluruhan 13 penyertaan berpasukan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 beserta sijil dan plak.

Acara kemuncak ini akan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh, Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN