Betulkah Chiwan belum dapat duit kemenangan? - Utusan Malaysia

Betulkah Chiwan belum dapat duit kemenangan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU tidak silap, program realiti Mic On Selebriti 2023 sudah setahun tamat.

Namun, ada khabar tidak enak yang Cik Bunga dengar, kononnya Chiwan sehingga kini masih belum mendapat wang kemenangannya, betul kah?

Jumlah wang tersebut juga boleh tahan lumayan. RM250,000 kalau tidak silap. Banyak juga.

Tetapi agaknya kenapa pihak TV terbabit susah sangat hendak buat bayaran itu? Maksud Cik Bunga, kalau betul wang tersebut masih belum dibayar.

Kasihan juga jika perkara itu benar-benar berlaku. Sebab kita semua tahu, golongan artis ini bukannya kerja tetap macam orang lain yang bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kehidupan artis ini, adakala memang kena rajin lagi daripada orang lain. Kalau tidak rajin cari ‘job’, lagi susah hendak cari makan, mahu cari pendapatan.

Kalau yang sudah berkahwin, kena sara anak isteri, betul tak? Memang Chiwan tak ada kecoh-kecoh mengenai hal ini.

Tetapi, ini apa yang Cik Bunga sendiri dapat tahu. Harapnya, pihak stesen TV berkenaan dapat segeralah buat pembayaran yang mana tertunggak kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Kasihanlah pada orang yang dihutang itu. Tetapi itulah, Cik Bunga sudah selalu sangat dengar masalah pengurusan stesen TV ini.

Tidak pasti apa punca sebenar. Cuma, harapnya, perkara yang boleh diselesaikan segera, maka selesaikanlah segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya