SETIU: Seekor beruang matahari seberat 120 kilogram (kg) yang dipercayai menceroboh kebun kelapa ditangkap di Kampung Padang Serai, di sini, kelmarin. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kehadiran haiwan liar itu pada 12 Jun lalu. “Susulan itu satu perangkap dipasang pada hari yang sama sebaik sahaja aduan diterima oleh Perhilitan Daerah Besut. “Ketika ditangkap beruang jantan ini dalam keadaan stabil dan dilepaskan ke habitat semula jadi yang sesuai untuk kemandiriannya,” katanya ketika dihubungi di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya