Bawal emas 4.88 kilogram bawa tuah Mohamad Aizat

Bawal emas 4.88 kilogram bawa tuah Mohamad Aizat

Mohd Sabri Mat (tengah) bersama tetamu kehormat dan pemenang kedua dan ketiga pada majlis penyampaian hadiah Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour 2024 di Pantai Sepat, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikan bawal emas seberat 4.88 kilogram membawa tuah kepada Mohd Sabri Mat dari Kelantan apabila ditabalkan juara Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour 2024 di Pantai Sepat, dekat sini semalam.

Beliau menewaskan Naziani Nazir dari Terengganu yang menaikkan ikan pari 1.845 kilogram dan  Sauli Abd Manaf dari Selangor yang menaikkan ikan todak 1.750. kilogram serta  lebih 900 peserta lain dalam pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu Mohd Sabri membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 manakala Naziani berpuas hati dengan RM4,000 dan Sauli membawa pulang RM1,000.00.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Adun Inderapura, Datuuk Seri Syafik Fauzan Sharif. Turut hadir Pegawai Pelancongan Tertinggi Tourism Malayisa Wilayah Timur, Rogayah Mohamad; Pengasas Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Pengerusi JPKK Pantai Sepat, Adnan Bakar.

bawal
Para pemenang Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour 2024 di Pantai Sepat, Kuantan.

“Berbekalkan umpan udang hidup, memang sasaran saya ialah spesis ikan bersisik, tapi alhamdulillah saya berjaya menjinakkan bawal emas ini pada jam 11.35 pagi.

“Ini kemenangan terbesar pernah saya raih sejak aktif menyertai pertandingan memancing beberapa tahun lalu,’’ katanya.

Sementara itu, Md Zali berkata pertandingan kali ini mendapat sabutan menggalakkan berikutan yuran penyertaan yang murah berbanding pertandingan lain.

“Sokongan daripadaTourism Malaysia menerusi program Cuti-Cuti Malaysia mendapat kepercayaan tinggi daripada pemancing.

“Keyakinan bahawa acara ini bakal berlangsung tanpa masalah mendorong pemancing untuk menyertai acara ini dari seluruh negara,’’ katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu lagi pertandingan memancing akan daiadakan di lokasi sama pada 30 Jun ini. Pertandingan Shimano Surfcasting itu akan dianjurkan Kelab Sukan Memancing Profesional Bersatu Malaysia (Mupsac). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN