KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pemantauan di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara bagi membanteras ketirisan membabitkan penipuan pengikraran barangan dalam kontena untuk mengelak dikenakan cukai. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, mana-mana negeri yang mempunyai pelabuhan akan berada dalam pemantauan SPRM. “Kami dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membanteras ketirisan yang berlaku. Ia berlaku bila wujud rasuah dan salah guna kuasa, terutama sekali dalam kalangan mereka yang diberi amanah. “Jadi, dalam usaha kita untuk mengembalikan wang rakyat, ini salah satu usaha kami memantau dan menjalankan operasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya