PADANG TERAP: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, di sini terkejut apabila bangunan menempatkan asrama sekolah itu terbakar dalam kejadian pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, dua unit bilik asrama yang dijadikan tempat penyimpanan barang serta bilik air di aras tiga bangunan musnah 90 peratus. Insiden tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa kerana difahamkan semasa kejadian pelajar sesi pagi baru hendak memulakan sesi persekolahan, manakala pelajar sesi petang sedang menjalankan kegiatan riadah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya