PETALING JAYA: Bilangan belia diisytiharkan muflis atau bankrap akan terus meningkat sekiranya mereka terus terjebak dan terbeban dengan hutang perkhidmatan ‘beli dulu bayar kemudian’ (BNPL) di platform e-dagang. Perkara itu ekoran lebih 35,000 belia berusia 35 tahun ke bawah didaftarkan sebagai bankrap hingga Mei tahun ini berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI). Data terkini menunjukkan peningkatan ketara dalam kes bankrap hampir 6,000 setahun, melibatkan rakyat Malaysia termasuk belia di mana terdapat kemungkinan mereka akan diisytiharkan bankrap. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya