Azlee Senario dikejarkan ke IJN - Utusan Malaysia

Azlee Senario dikejarkan ke IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Azlee Senario dikejarkan ke Institusi Jantung Negara (IJN) difahamkan akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.

Berita tersebut dimaklumkan pelakon juga pelawak, Ropie Cecupak menerusi Instagram tanpa memperincikan keadaan dan punca Azlee dikejarkan ke hospital.

“Mohon doakan Azlee, dia sekarang berada di Hospital Sungai Buluh dan dalam perjalanan ke IJN.

“Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita Azlee Senario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen Instagram Ropie, rakan-rakan artis dan peminat turun melayangkan doa serta harapan supaya pelawak tersebut diberi kesembuhan segera.

“Ya Allah, kau kabulkan segala doa yang baik-baik untuk sahabat kami. Semoga Allah berikan kesembuhan yang luar biasa,” ujar Liza Abdullah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya