Anwar Khazanah MAHB dan KWSP dan BlackRock

Apa yang kita tahu daripada penjelasan PM mengenai pengambilalihan MAHB?

Pengambilalihan MAHB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1. Konsortium diterajui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memiliki pegangan majoriti bersama 70% dalam MAHB.

2. Baki 30% pegangan di bawah konsortium itu akan dimiliki Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP).

3. KWSP telah melabur dengan GIP sejak tahun 2012 dalam infrastruktur.

4. BlackRock, Inc. ialah pengurus aset terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) $10.5 trilion (RM49.35 trillion).

5. BlackRock sudah melabur dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia yang bernilai RM20.5 billion.

6. Secara keseluruhan Blackrock mereka memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 billion di Malaysia.

7. Pengurusan GIP akan mengekalkan kawalan penuh tanggungjawab MAHB walaupun selepas diambil alih oleh BlackRock.

8. Perbincangan awal sehingga kini mengenai pengambilalihan MAHB tidak melibatkan BlackRock dan syarikat itu tidak pernah terlibat dalam transaksi berhubung MAHB.

9. Malaysia hanya menawarkan 22 laluan penerbangan pada 2023, berbanding Singapura 40 dan Thailand (55).

10. MAHB hanya membelanjakan RM1.4 bilion dalam 5 tahun berbanding RM6.6 bilion oleh Thailand dan Indonesia (RM12 billion). – Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN