PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setuju menghentikan pertikaian peribadi antara mereka serta prosiding mahkamah bagi mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Melalui kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan kesan saman fitnah kepada umum dan mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi. Jelas kenyataan itu, Anwar dan Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai mahkamah yang terlibat. Malah, jelasnya, kedua-dua pemimpin turut berharap keputusan mereka dapat diterima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya