PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan bagi kos perubatan Puteri Nur Amalin semalam. Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi sempena rutin Ziarah Madani. Katanya, adik Puteri Nur Amalin kini sedang sakit kritikal dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selain beliau turut menerima perkembangan terkini daripada pihak hospital. “Semoga adik Puteri Nur Amalin lekas pulih kesihatannya dan saya mendoakan agar keluarganya cekal dengan ujian ini,” katanya. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya