BUTTERWORTH : Seorang pembantu penguatkuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lapan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM8,000 daripada pengarah syarikat logistik, enam tahun lalu. Tertuduh, Zainuddin Jaafar, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kelapan, tertuduh didakwa menerima wang sebanyak RM1,000 setiap bulan daripada seorang pengarah syarikat logistik berkaitan penguatkuasaan ke atas lori mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Wang tersebut diterima oleh tertuduh menerusi akaun bank milik isterinya yang berusia 48…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya