Anggap abang dan adik katanya… - Utusan Malaysia

Anggap abang dan adik katanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Entahlah. Tak tahu hendak cakap macam mana apabila Cik Bunga beberapa kali sudah tengok gelagat pelakon wanita putih gebu ini dengan seorang lelaki berstatus duda.

Lelaki tersebut pun sebenarnya pernah berkahwin dengan penyanyi wanita popular sebelum ini. Selepas itu, rumah tangganya dilanda badai disebabkan perangainya sendiri juga.

Mana tidaknya, kaki perempuan dan kaki minum arak. Pendek kata pakej kerosakan rumah tanggalah.

Jadi, apabila pelakon wanita ini dilihat rapat dengan lelaki tersebut, ramai yang jadi curiga. Sebab, kelompok lelaki itu memang bukan jenis yang berperangai elok. Kaki kelab malam senang cerita.

Yang hairannya, kalau pandai makan pandai simpan tak apalah juga. Ini jenis mahu tayang di media sosial. Seolah-olah berbangga dengan perbuatan itu.

Mungkin bukan perempuan itu, tetapi si lelaki tersebut. Agaknya, dia ingat tiada yang perasan sebab kononnya dia bukan selebriti.

Masalahnya, orang kenal awak itu. Bukan tidak kenal. Selalu juga muat naik gambar atau video berpeluk sakan, bercium dengan wanita di media sosial.

Tidak terkecuali dengan pelakon wanita tersebut. Kononnya kelakuan begitu bak abang dan adik. Sayang-menyayang. Yang si pelakon itu pun sama galak juga.

Tidak padan dengan status isteri dan mak orang, tetap berkelakuan macam dia masih single. Kalau begitu, macam manalah fitnah tidak datang kalau diri sendiri yang terbuka menjemput? Selepas itu, salahkan semua orang, difitnah kononnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya