Amelia Christie akui rindu Jebat Jayden - Utusan Malaysia

Amelia Christie akui rindu Jebat Jayden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERUS-TERANG, Cik Bunga tidak pernah jumpa pelakon dan selebriti media sosial, Amelia Christie ini secara berdepan sebelum ini.

Tiada peluang pun hendak bertemu mata sehinggalah kami sempat berkenalan ringkas ketika dia datang ke studio Media Mulia baru-baru ini untuk menjayakan satu sesi fotografi.

Cik Bunga sempat memuji pelakon ini kerana dia memiliki raut wajah cantik. Manis orangnya. Jadi, kebetulan berbual itu, sengajalah Cik Bunga layangkan pertanyaan kepadanya, sama ada dia rindu tak dengan anak bekas kekasihnya, Jebat Jayden.

Lekas-lekas Amelia jawab “mestilah rindu,” Iyalah, mana mungkin Cik Bunga tergamak mahu tanya dia rindu tak pada Sharnaaz Ahmad? Macam tak kenalah pula bukan?

Lagipun, sewaktu dia menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz, semua orang tahu dan boleh nampak Amelia mencipta hubungan yang sangat akrab dengan Jebat.

Pendek kata, nampak dia sangat sayangkan Jebat dan begitu juga dengan anak kecil itu yang mempunyai personaliti yang sangat menyenangkan ramai.

Iyalah, siapa yang tidak suka atau rindui anak kecil macam Jebat. Sudahlah comel, petah berkata-kata dan lucu juga budaknya.

Cik Bunga pun akan jadi rindu kalau lama tidak bertemu dengan anak kecil macam Jebat ini.

Tetapi hendak buat macam mana, bak kata Amelia, tiada jodoh dan dia pun tiada peluang hendak berjumpa Jebat. Sayang sekali bukan?

Terus-terang, Cik Bunga suka tengok pasangan itu sebelum ini. Tetapi cinta yang terjalin terputus di tengah jalan pula meskipun ramai mendoakan mereka dapat membawa perhubungan itu ke fasa seterusnya.

Tidak mengapalah Amelia. Insya-Allah, jika ada jodoh, tidak akan ke mana. Mungkin Allah SWT mahu awak fokus kepada kerjaya dahulu barulah kemudiannya alam rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya